Monday, October 20, 2008

Jamuan Raya Pemuda

Jamuan Aidilfitiri Pemuda Al-Barakah telah diadakan pada Sabtu 11.10.2008 mulai jam 9.00 hingga 12.00 malam di Dewan Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Setua Budi, Tikam Batu.

Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan hampir 100 orang pemuda telah menyertainya. Majlis dimulai dengan ucapan oleh Pengerusi Biro Pemuda Masjid Al-Barakah, Encik Rizal bin Mat Razi dengan mengalu-alukan kehadiran semua pemuda dan dif-dif jemputan. Ucapan perasmian disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Sabri bin Zainol selaku Setiausaha Jawatankuasa Khariah Masjid Al-Barakah Tikam Batu dengan memberikan sedikit nasihat dan motovasi kepada pemuda. Majlis kemudian diteruskan dengan majlis tahlil yang diketuai oleh Ustaz Mazalan bin Osman selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khariah Masjid Al-Barakah.

Selepas itu agenda makan pun bermula...ada bihun sup, ketupat, kuih raya usah citer, penuh meja...InsyaAllah, mengikut permintaan setiausaha masjid beliau mengharapkan agar program ini menjadi program tahunan pemuda...ada fulus tahun depan sumer jalan.hehehehehe :-)))

Tapi apo yang best...majlis ni berjaya dengan kutipan kewangan dari pemuda sahaja, tanpa mendapat tajaan dari mana-mana syarikat korporat...

Gambaq???tak sempat post.next time leh tengok gambaq :-)))